Setelah seharian kita  menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang  menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air  sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita  berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu. 
Menurut kajian, minum  minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut.  Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk,  maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang  menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser. 
Selain itu, apabila kita  sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa  demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah  kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah  tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan  terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita  sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh  menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh  menjadi buncit. 
Oleh itu, untuk kita  terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya  kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula  dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh  mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas  5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut  sudah stabil.